Meninggal dunia Bujang Ulis

Pada 3 Februari 2014,meninggal dunia di kediamannya di Kampung Semariang Jaya, Petra Jaya, Sarawak. Anak sulungnya, Siti Azimah, 36 memaklumkan arwah bapanya sempat menonton televisyen di dalam bilik sebelum rebah di pangkuan ibunya. Setengah jam kemudian ambulans tiba dan mengesahkan ayah sudah tiada. Ayahnya tidak menghidap sebarang penyakit. Jenazah bapanya dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Semariang.

Antara yang sempat melawat jenazah ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Ahmad Urai Abang Muhideen dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jamil Johari.Selain itu Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Datuk Naroden Majais; Menteri Muda Pembangunan Belia dan Perumahan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang, Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. [1]